Testimoni

Berikut dibawah senarai individu yang mengambil personel consultation bersama kami disamping memberi respon ikhlas & jujur secara bertulis kepada kami untuk disiarkan disini.

Pn. Rafidah – ( Bekas eksekutif TNB, K.L )

“ Selepas telah membuat personel consultation dibandar baru klang baru-baru ini selama lebih kurang 2 jam setengah… kesimpulan disini, saya semakin yakin dengan matrixcode dan maklumat yang disampaikan tentang diri saya memang benar, apa-apa pun saya memang berpuas hati.”

——————————————————————–

Pn. Normah – ( Berniaga, Klang )

“Selepas saya membuat personel consultation dengan matrixcode berkaitan gabungan nama & perniagaan, sekarang saya lebih mudah menyelesaikan masalah saya dan saya lebih banyak menumpu perniagaan saya supaya dapat mengelakkan masalah yang timbul dikemudian hari….”

——————————————————————–

 En. Shahrul Nizam – (Eksekutif TNB, K.L)

 “ Selepas menghadiri personel consultation ini saya telah dapat mengenali dengan lebih dekat dan terperinci kekuatan & kelemahan yang ada dalam diri. Ini sangat membantu saya dalam kerjaya serta perhubungan dengan orang lain dimasa akan datang.”

——————————————————————–

Cik. Suhani – ( Guru, Bandar baru sungai buloh )

“ Saya dapat mengenali diri dengan lebih terperinci, sifat dan perangai, dengan matrixcode kelemahan dan kelebihan saya dapat diperbaiki dengan lebih mudah…dengan nombor saya dapat mengetahui masa depan dan keputusan yang dibuat akan lebih teratur. Jangan terperanjat dengan matrixcode, masa lalu anda dibaca semula selepas ia-nya sudah pun berlaku ”

———————————————————————–

Mr.Johnny – ( Eksekutif, Kuala Lumpur )

“ Matrixcode is amazing, that it helps me to have better outlook in life and prepares me to face challenges expected or unexpected. I’m thankful to Mr.Yuswan for helping me realize my hidden potential by sharing is knowledge ”

———————————————————————–

Pn.Roswita – ( Suri Rumah, Selangor )

“ Menakjubkan! Sebelum ini saya selalu terfikir mengenai nombor, adakah nombor hanya berkisar dalam dunia matematik…dunia kewangan dan juga berkisar pada faktor masa sahaja? Saya telah temui jawapannya dengan matrixcode. Kini saya lebih tahu dimana kekuatan, kelemahan, potensi diri, dan bagaimana saya boleh tingkatkan kualiti diri saya. Jika anda masih tercari-cari identiti, peluang menjana pendapatan atau apa – apa urusan lain, berhubunglah dengan matrixcode.. saya pasti anda akan temui jawapannya ”

———————————————————————–

Mr.Vijita – ( Kuala lumpur )

“ Since from beginning i dont understand and believe what about matrixcode, one daya got one stranger tell me about the cycle of the matrixcode is related to the numbers. Past through my experience, then i can see the results from the matrixcode cycle and is really work for my weakness and strengthenest.”

———————————————————————–

Pn. Norhasikin – ( Suri Rumah, Shah Alam )

“Saya mengambil personel consultation bukan untuk diri saya sebaliknya berkaitan masalah perangai anak-anak, masalah pembelajaran mereka dan masalah personel dalaman keluarga saya…pada saya sebagai manusia yang berpegang pada agama…maka wajiblah percaya pada qada dan qadar allah…apakah persediaan kita? Patutkah kita hanya menunggu dgn tawakkal shj? Disitulah letaknya kata kunci ‘berusaha sebelum mengalah’ atau ‘bertindak sebelum terkena’ sama seperti ‘mencegah penyakit adalah lebih baik daripada kita mengubatinya’ disinilah timbul semangat saya untuk lebih memahami apa itu kitaran dalam kehidupan manusia…dan bagaimana mencari penyelesaiannya, matrixcode sangat membantu, ia umpama selangkah dihadapan kepada setiap urusan …segala kemusykilan punya penyelesaian…kecuali ‘mati’….tiada ruginya jika memahami sesuatu ilmu untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik..sama bersamaan umpama mendalami ilmu al-quran…setiap manusia ada kemampuan tersendiri…sesiapa yang punya ilmu dan amal insyaallah akan berjaya didunia dan diakhirat..tiada salahnya jika kita berusaha demi kebaikan ke arah perubahan. Orang yang bijak adalah dengan mempelajari kesilapan dari orang lain ”

———————————————————————–

Pn.Faizah – ( Suri Rumah, melaka )

“ Saya seorang ibu mempunyai 3 orang anak 2 perempuan dan 1 lelaki, sebelum-sebelum ni saya memang tak tau, kenapa kalau salah seorang anak perempuan saya ada silap sikit je, saya mudah marah, naik angin dengan diaorang, kalau sebut pasal pukul memukul anak ni, memang teruk anak saya kena belasah tapi lepastu saya rasa menyesal apatah lagi bila saya tengok anak-anak saya tidur kat dalam bilik, saya betul-betul rasa macam bersalah…baru-baru ni bila saya menceritakan kepada rakan saya, beliau mengajak saya mengambil personel consultation dengan matrixcode… alhamdulillah akhirnya sekarang baru saya faham rupa-rupanya kenapa saya ada 2 sikap iaitu saya mudah naik angin tapi lepastu saya akan jadi sebaliknya pulak ….rupa-rupanya disebabkan nombor didalam nama saya dan kenapa saya rasa menyesal..sebab kiraan nombor tu tunjuk tarikh lahir saya sama dengan nombor dalam tarikh lahir kedua-dua anak perempuan saya…tapi apa yang penting pada saya ialah saya dah tau segala tentang siapa saya, dan perangai kedua-dua anak perempuan saya, bila sekarang dah tau…jadi mudahlah saya beri perhatian kelemahan-kelemahan saya dan kelebihan yang ada pada anak-anak saya..saya memang puashati jumpa dengan matrixcode…sebab banyak yang saya tak nampak…benar-benar teruja, lepas ni, plan saya tunggu nak masuk kursus matrixcode pulak ”

———————————————————————–

Pn.Anisah – ( Suri Rumah, Sungai buloh )

“ Melalui beberapa jam personel consultation bersama matrixcode, apa yang telah diceritakan oleh matrixcode sebelum ini tentang diri saya memang benar, termasuk mengalami masalah hubungan kekeluargaan dan hubungan dengan adik beradik saya..saya telah dinasihatkan membuat penukaran NAMA kepada NAMA baru saya atas sebab-sebab memulihkan semangat gelombang dalaman & masalah kesihatan disamping meningkatkan keyakinan diri menjadi orang baru semula …..dan perubahan ketara yang jelas pada pada diri saya ialah naik seri muka, rasa muda, jeragat semakin kurang, ceria walaupun poket kempis, lebih tenang berbanding dulu, tak cepat marah marah, abang semakin sayang, tak tengking tengking lagi. Apa-apa pun realitinya saya ucapkan tahniah pada matrixcode kerana telah mengeratkan semula hubungan sillaturrahim saya dengan keluarga saya ”

———————————————————————–