Matrix Code Blog

Rahsia Gelombang Arah 78 / Rahsia Nombor Tanpa Sempadan

  • Al-Quran & Nombor
  • Apa itu nama
  • Daftar
  • FAQ
  • Gallery
  • NUMBERS
  • PERKHIDMATAN
  • Previu
  • SERTAI KURSUS
  • Software Huruf Nombor
  • Testimoni

KEBENARAN YANG TERSELINDUNG:

Posted by matrixcodeadmin on December 21, 2011
Posted in: Artikel. Leave a Comment

Disini beberapa peserta kami meminta mengiklan beberapa soalan diruangan ini khusus berkenaan dengan kaedah nama atau kaedah tarikh kelahiran.

Pada hari ini, manusia semakin bertambah bijak menilai kemampuan seorang guru sama ada benar-benar memberi ilmu atau hanya sekadar informasi umum (maklumat umum) kepada masyarakat. Guru yang baik adalah mampu memberikan ilmu dan penerangan yang logik, diterima akal apatah lagi mampu membuktikan sesuatu kaedah yang disampaikan secara melangkaui fikiran dan mata kasar berdasarkan melalui kaedah sains itu sendiri. Justeru dimana pelajar terus dapat mengaplikasinya tetapi persoalan besar ialah sejauh mana guru ini mengajar anda tentang ilmu atau sebenarnya bukan tentang ilmu itu sendiri?

Adakah hanya dengan sekadar memberi penerangan atau mampu melakukan sesuatu rahsia tentang keajaiban ilmu itu sendiri.

Persoalan disini:

Adakah anda berani menunjukkan kehebatan kaedah ini dihadapan orang ramai termasuk pelbagai bangsa dan ugama?

Sekiranya anda mengatakan kaedah pernomboran adalah benar bagaimana ingin dibuktikan?

Maaf kerana kami tidak terpedaya dengan hanya mengoreng maklumat  tetapi bukti..dan tunjukkan sehingga kami menghormati anda lebih dari guru-guru diluar sana.

Kami ingin anda menunjukkan bukti dan kami tidak layan jika anda hanya pandai mengoreng maklumat seperti penjual minyak ditepi jalan. Dan dibawah ini terdapat beberapa soalan yang perlu difikirkan:

1.Apa beza orang yang lahir pada 2hb, 11hb, 20hb atau 29hb kerana jika dikira hasil dari angka tersebut akan berbalik kepada angka ‘2’ ?

5.Begitu juga apakah bezanya orang yang lahir pada bulan 10 (okt) 11 (nov) dan 12 (dis) kerana jika dikira semula akan sama seperti orang yang lahir pada bulan 1 (jan) 2 (feb) dan 3 (mac) dan akan berbalik kepada satu digit.

Apa jawapan dan cara membukti dan mengesahkannya?

2.Bagaimana untuk kenali orang yang mengoreng informasi berbanding orang yang memberi ilmu.(idea dan formula)

3.Apa beza dan hubungan antara nama dan tarikh lahir? Apakah fungsi nama & dan nama itu sebenarnya menerangkan tentang apa dan tarikh lahir pula menerangkan tentang apa?

4.Sekiranya kita ingin mengenal asal usul atau personaliti diri kita adakah hanya dengan tarikh lahir atau nama atau kedua-duanya?  Bagaimana membukti dan mengesahkannya?

6.Bagaimana untuk menunjukkan bahawa itu adalah mental dan ini pula adalah fizikal beliau? Bagaimana cara untuk membuktikannya…sila lihat di ruangan ‘Previu’ kitaran minit yakni membaca fikiran dan tingkahlaku anda melalui akal anda? sekian.

SEKADAR MENCARI KEBENARAN?

Posted by matrixcodeadmin on May 31, 2011
Posted in: Artikel. Leave a Comment

Setiap hari, setiap masa dan ketika, kita ingin dan masih lagi sedang mencari kebenaran dimana-mana…tetapi persoalan utama, adakah pencarían kebenaran itu yang hakiki atau kebenaran yang bersifat umum.

Didalam pelbagai cara kita mencari dan mendapatkan kebenaran, ada yang melalui dengan cara berbual direstoran, ada yang berbincang dipejabat ada juga yang berhujah didalam memberi pendapat masing-masing, semuanya bersandarkan pada satu tujuan iaitu mencari kesebenaran mutlak didalam menyelesaikan masalah-masalah hidup.

Tentunya pelbagai cara dalam mencari kebenaran sama ada kita pergi mengikuti kursus, pergi mendengar kuliah atau seminar dimana-mana atau melalui pembacaan dari sumber-sumber dimedia cetak atau pun mendengarnya melalui dimedia elekrtonik seperti TV, Radio, Kaset, VCD dan lain-lain. Semuanya adalah satu tujuan iaitu mencari arah memperbaiki diri atau mencari-cari arah mengubah kehidupan yang lebih baik dan lebih sempurna.  

Semuanya memperkatakan mencari kebenaran tentang pelbagai perkara pokok dan segala macam isu sama ada berupa masalah cinta, keluarga, pembelajaran, perniagaan, pekerjaan atau didalam aspek kerohanian agama.

Sebagaimana ahli falsafah seperti socrates yang menunjukkan bahawa dalam diri beliau wujud ciri-ciri seorang ahli falsafah iaitu hebat dan berani, bijak berhujah dan merendahkan diri, suka membuat kajian dan bersungguh-sungguh dalam kajiannya dan mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan disamping matlamat hidup beliau. Tugas hidup beliau ialah untuk mencari kebenaran yang akan membolehkan manusia hidup dengan sejahtera di atas muka bumi ini dan pencarian tentang kebenaran ini terus menerus dilakukan tanpa kenal penat lelah. Sifat beliau lebih cenderung didalam cabang falsafah yang berkaitan dengan penyelidikan dan perbahasan tentang sumber-sumber ilmu pengetahuan manusia, keterbatasan-keterbatasan ilmu pengetahuan dan sejauh mana ilmu pengetahuan manusia itu. Di dalam mencari kebenaran itu anda pasti akan mengalami pengalaman-pengalaman seperti dibawah ini:

1-Rakan anda ini sebelum ini adalah sahabat baik anda dan telah mengenalinya sekian lama tetapi telah berlaku suatu ketika dimana isu berpunca tentang perkongsian pengurusan wang secara bersama tetapi kesudahannya anda  dikenakan olehnya tanpa pengetahuan anda…kemudian anda berkata didalam hati yang anda sebenarnya tidak menyangka beliau mempunyai sikap seperti ini.  Pernahkah anda mengalami seperti ini?

2-Tokoh ini seorang yang telah dikagumi ramai kerana ilmunya didalam menyampaikan tip serta panduan hidup yang lebih baik, tetapi telah berlaku pada suatu ketika dimana tersiarnya didalam suratkhabar menceritakan perihal beliau yang melakukan perkara yang telah mengaibkan dimata masyarakat.  Adakah individu ini benar-benar mengenali siapa beliau sebenarnya?  

3-Pelajar ini telah menjaja ceritanya kesana kesini didalam kampus bertujuan cuba menafikan bukan beliau yang pertama menyebarkan cerita tersebut tetapi hakikat sebenarnya beliaulah yang mula-mula menyebarkan perkara tersebut. Adakah individu ini benar-benar mengenali siapa beliau sebenarnya?   

4-Rakan pejabat anda ini seorang yang bersikap peramah dan baik peribadinya tetapi setelah anda tinggal sebumbung dan kenalinya dengan lebih dekat rupa-rupanya beliau mempunyai sikap suka mementingkan diri sendiri.  Adakah individu ini benar-benar mengenali siapa beliau sebenarnya? 

5-Individu ini pula telah menjanjikan program menjana keuntungan kepada anda dan akan memberi pulangan yang besar sekiranya anda setuju menyertainya tetapi akhirnya kenapa hanya seorang atau dua yang mampu mendapatkan hasil dari program tersebut dan bagaimana pula dengan yang lain.  Adakah individu ini benar-benar mengenali siapa beliau sebenarnya?   .  

6-Pekerja ini kerap asyik bertanya..kemudian bertanya kemudian bertanya lagi…dan akhirnya anda pening kerana disebabkan asyik bertanya itu dan ini akhirnya banyak kerja tidak boleh selesaikan. Adakah individu ini benar-benar mengenali siapa beliau sebenarnya?  

7-Individu ini pula mudah mengeluh kepada isterinya tentang masalah hutang yang ditanggung walhal sebenarnya beliaulah yang sebenarnya bersikap berhutang.  Adakah individu ini benar-benar mengenali siapa beliau sebenarnya? 

8-Individu ini suka berpakaian seksi dan suka membawa mulut tetapi kelebihannya pula ialah beliau seorang yang suka menderma kepada fakir miskin apatah lagi setiap kali beliau menderma beliau akan melakukannya secara diam-diam, Adakah individu ini benar-benar mengenali siapa beliau sebenarnya?   

9-Ahli perniagaan ini pula seorang yang tidak berminat mengeluarkan modal menyertai kursus mendalami selok belok ilmu atau kaedah didalam bidang perniagaan kerana lebih berminat memberi tumpuan membelanjakan modal tersebut untuk memperbesarkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan tetapi dimasa yang sama beliau tidak mempunyai sifat melakukan perancangan didalam menyusun atur segala berkaitan pengurusan perniagaannya dan disebabkan itu, beliau telah tersalah langkah dimana budget mengeluarkan modal telah melebihi had sehingaa terpaksa membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang sedangkan beliau tidak sedar sikap dan sifat beliau yang sebenar, bahkan kerap mengeluh kerana hasil perniagaannya berjalan lancar tetapi keuntungan tidak seberapa dan dimanakah silapnya?  Adakah beliau benar-benar mengenali peribadi beliau?  

10-Pernahkah anda terfikir kenapa seseorang mudah membuat rujukan pengubatan diri dengan cara berjumpa bomoh/pawang dan akhirnya jika tersilap langkah akan memakan dirinya sendiri.

Apakah masalah-masalahnya disini:

Jawapannya: Setiap perlakuan yang ada didalam diri mereka-mereka ini menunjukkan didalam ‘GELOMBANG NAMA’ maksudnya ialah mereka-mereka ini mempunyai pelbagai sikap dan tingkahlaku yang baik tetapi dimasa yang sama mereka juga mempunyai beberapa paten sifat-sifat negatif yang ada pada mereka, malangnya mereka tidak tahu bagaimana untuk mengaplikasi ke arah yang baik kerana mereka telah membawa entiti gelombang diri mereka yang sama datang kepada mereka atau istilah lain dipanggil ‘gelombang kitaran diri’.

Jadi persoalan disini apakah kayu pengukur untuk menilai seseorang..adakah melalui kata-katanya, sikapnya, penampilannya didalam masyarakat, perbuatannya, pakaiannya, kemewahannya atau melalui bahasa badan kerana semua ilmu pengetahuan ini telah dibincangkan setiap hari hampir sedekad yang lalu maka jawapan untuk kebenarannya disini ialah melalui ‘NAMA’ yang berbalik kepada masalah tuan empunya diri.

SOALAN & JAWAPAN:

Soalan: Bukankah matrixcode sebenarnya meniru cara barat atau feng shui atau apa-apa pun yang seangkatan dengan kaedah nombor ini?

Jawapan: Berdasarkan dari sejarah terdahulu, sebenarnya bukan kita yang meniru mereka tetapi merekalah yang telah meniru kita (mereka telah pun mengkaji surah-surah didalam quran) cuma perbedaannya disini ialah mereka lebih bersungguh-sungguh dan banyak memikir serta melakukan kajian berdasarkan dari ilmu yang terkandung didalam quran yang dijadikan aset utama didalam pengkajian kehidupan tentang fitrah manusia dan peredaran alam.  

Bermula dari disitulah mereka membentuk acuan mengikut fahaman budaya dan agama mereka. Kerana itu sekiranya kecerdikkan anda boleh menandingi kecerdikkan mereka maka anda akan menguasai mereka kerana andalah pemegang kuncinya.

Kita ambil contoh: Simbol-simbol sistem konsonan huruf hijaiyah (huruf quran) yang kebenaran budaya dan tamadun islam itu sebenarnya berbalik kepada quran yakni bahasa arab itu sendiri kerana inilah sebenarnya ilmu quran (islam) tetapi oleh kerana pengaruh & penyebaran simbol konsonan ‘A-Z’ ini telah mula bertapak sekian lama dan telah diguna pakai oleh kita sebagai bahasa penulisan dan pertuturan (forehead setting) apatah lagi dimasa yang sama anda tidak mengetahui sejarah terawal tamadun dunia sebelum kedatangan budaya penulisan dan pertuturan  melainkan jika pengaruh bahasa arab (quran) itu telah lama bertapak disini dan digunapakai oleh kita sejak berabad lamanya maka barulah simbol peradaban islam dan quran itu akan selari.(ini hanya info ringkasan shj).

Sebagai contoh: anda meletakkan trademark nama anak anda yakni yang bercirikan islam atau untuk  mendapatkan nama-nama yang baik  sebagai contoh: dengan nama ‘ m.u.h.a.m.m.a.d’ yang didalamnya simbol tersebut mempunyai konsonan ‘8’ huruf  roman tetapi sebenarnya didalam konsonan huruf hijaiyah (huruf quran) hanyalah ‘4’ huruf’sahaja. Ini umpama anda membuka perniagaan anda untuk kali yang kedua dan anda masih lagi menjual produk  yang sama seperti perniagaan anda yang sebelumnya cuma perbezaannya hanyalah menukar jenama sahaja. Oleh kerana itulah anda perlu mengetahui siapa sebenarnya anda..

Soalan: Bagaimana matrixcode boleh mengatakan nombor ’7′ orangnya bersikap begini dan nombor ’9′ pula orangnya bersikap begitu dan begini?

Jawapan: Ok kami rumuskan pertanyaan kami seperti ayat dibawah ini:

1-Jika angka ’1′ dicampur dengan angka ’1′ maka jawabnya ialah ’2′…soalannya ialah bagaimana anda boleh mengatakan jawapannya berangka 2…apa logik dan alasannya?

2-Bagaimana pula anda boleh meletakkan kepercayaan dengan mengatakan bahan ini apabila dicampur dengan bahan ini akan menghasilkan kepekatan rasa dan aroma minuman tersebut?

3-Jika anda seorang ahli perniagaan yang memasarkan produk kesihatan atau kecantikan, bagaimana anda meyakinkan orang ramai dengan mengatakan produk kesihatan anda berkualiti dan bermutu tinggi dan orang ramai akan mendapat merasa perbezaannya selepas menggunakannya, soalannya disini berdasarkan teori dan fakta apa?  

4-Bagaimana anda hanya mampu hubungi seseorang yang jauh dan beliau boleh berkomunikasi dengan anda hanya didalam telefon? Adakah anda ingin mengatakan ini hasil kajian dari makhluk angkasa lepas & bagaimana pula jika ’10′ tahun akan datang manusia akan menggunakan kenderaan dengan kelajuan kuasa cahaya, mungkin sekarang ini anda akan mengatakan ia-nya mustahil. 

5-Dan kenapa mengukur umur anda dengan menggunakan kalendar gregorian setiap kali anda berurusan didalam sektor perhubungan masyarakat (kenapa ia-nya penting sehingga dicatat didalam identification card warganegara ).

6-Jika anda bekerja didalam sesuatu jawatan atau yang disandang, soalannya bagaimana anda boleh memahirkan diri didalam kerjaya anda, sudah tentu anda mempunyai alasan dan teori anda sendiri.

7-Sekiranya seseorang bertanya kepada anda? Bagaimanakah sikap atau perangai majikan yang anda bekerja sekarang? Sudah tentu anda akan cuba menceritakan serba sedikit tentang sikap dan sifat majikan anda iaitu seorang yang bersikap seperti itu dan ini. Dari mana anda mengetahuinya?

Jawapan pada soalan diatas ialah untuk melahirkan apa-apa perkara sekalipun ia perlu berdasarkan dari pemikiran kajian yang mendalam dan dari situlah akan terhasilnya jawapan & formula. Untuk pengetahuan anda sebelum terciptanya sejarah pernomboran, pada asalnya bermula dari vibration gelombang yang ada disekeliling kita iaitu elemen api, udara, besi, tanah, kayu dan air.

Kombinasi elemen ini diselarikan dengan pusingan bulan dan matahari yang disebutkan sebagai cuaca, iaitu bermula dari awal pagi (subuh), terbit matahari, tengahari, petang, senja dan lewat malam yang dipanggil peredaran atau kitaran. Begitu juga manusia yang yang dicipta dari segumpal darah yang perlu berbalik mengenal diri iaitu tumbesaran badan akan membesar mengikut elemen tanah itu sendiri dan bergerak mengikut susunan pergerakan cuaca.

‘Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia (adam) dari tanah liat kering dari lumpur hitam yang diberi bentuk’.

Al-hijr 15:26

Soalan: Kenapa al-quran tiada disebut tentang kaedah ini?

Sebenarnya didalam a-quran semuanya telah diberitahu tetapi sejauh mana kita mengkaji..kenapa surah-surah quran telah dikaji terdahulu oleh pihak barat dan apa yang membuatkan mereka berminat dengan kisah sejarah terdahulu, hukum hakam manusia, peraturan dunia, peredaran masa dan kehidupan alam yang disebut didalam quran.

3-Siapakah merekacipta kenderaan?

Siapakah merekacipta komputer, tumdrive, hard disk?

Siapakah merekacipta telefon tangan?

Siapa yang mencipta pengurusan kewangan bank?

Banking in the modern sense of the word can be traced to medieval and early RenaissanceItaly, to the rich cities in the north like Florence, Venice and Genoa. The Bardi and Peruzzi families dominated banking in 14th century Florence, establishing branches in many other parts of Europe.[2] Perhaps the most famous Italian bank was the Medici bank, set up by Giovanni Medici in 1397.[3] The earliest known state deposit bank, Banco di San Giorgio (Bank of St. George), was founded in 1407 at Genoa, Italy.[4]

Siapakah merekacipta alat mesin membasuh?

Siapakah merekacipta telvisyen?

Siapakah merekacipta radio?

Main article: Invention of radio

James Clerk Maxwell showed mathematically that electromagnetic waves could propagate through free space. Heinrich Rudolf Hertz and many others demonstrated, on a laboratory scale, radio wave propagation.

Transmission and radiation of radio frequency energy was a feature exhibited in the experiments by Nikola Tesla which he proposed might be used forthe telecommunication of information.[2][3] The Tesla method was described in New York[4] in 1897.[5][6] In 1897, Tesla applied for two key United States radio patents, US 645576 , first radio system patent, and US 649621 .[7] Tesla also used sensitive electromagnetic receivers,[8][9][10] that were unlike the less responsive coherers later used by Marconi and other early experimenters. Shortly thereafter, he began to develop wireless remote control devices.

Siapkah merekacipta kapal terbang?

Siapakah merekacipta jam masa?

Siapakah yang mencipta kiraan kalendar hari yang sekarang kita menggunakan didalam setiap urusan harian?

Siapakah merekacipta peralatan perang?

Siapakah merekacipta jalur lebar WWW ?

Siapa merekacipta mesin ATM?

After looking first hand at the experiences in Europe, in 1968 the networked ATM was pioneered in the US, in Dallas, Texas, by Donald Wetzel, who was a department head at an automated baggage-handling company called Docutel. On September 2, 1969, Chemical Bank installed the first ATM in the U.S. at its branch in Rockville Centre, New York. The first ATMs were designed to dispense a fixed amount of cash when a user inserted a specially coded card.[13] A Chemical Bank advertisement boasted “On Sept. 2 our bank will open at 9:00 and never close again.”[14] Chemicals’ ATM, initially known as a Docuteller was designed by Donald Wetzel and his company Docutel. Chemical executives were initially hesitant about the electronic banking transition given the high cost of the early machines. Additionally, executives were concerned that customers would resist having machines handling their money.[15] In 1995, the Smithsonian National Museum of American History recognised Docutel and Wetzel as the inventors of the networked ATM.[16]

Soalan: Bagaimanakah terjadinya sebelum mereka mencipta semua peralatan ini?

Bermula dari asas dan mula membuat kajian kemudian melakarkan satu persatu dan akhirnya melakukan ujian sehingga kepada menampakkan hasilnya..inilah dipanggil logik akal yang membentuk kepada suatu pembuktian dimana akhirnya diguna pakai didalam masyarakat.

Kadangkala kalau kita menyebut penemuan-penemuan ilmu falaq berkenaan dengan al-Quran, orang barat menyatakan bahawa ini tidak menghairankan kerana orang-orang arab mencapai banyak kemajuan dalam bidang ini jauh sebelum orang barat.

Tetapi kata-kata itu menunjukkan bahawa mereka tidak memahami sejarah. Pertama, sains berkembang di negeri-negeri arab selepas al-Quran diwahyukan. Keduanya, ilmu sains yang ada pada zaman keemasan ketamadunan Islam tidak memungkinkan manusia menulis ayat-ayat mengenai ilmu falaq seperti yang terkandung di dalam al-Quran. Hal ini kerana masalah ini sungguh luas maka di sini hanya dapat dikemukakan garis-garis besarnya.

Di dalam Taurat, matahari dan bulan disebut sebagai dua bintang yang berbeza besarnya. Tetapi al-Quran membezakan antara bulan dan matahari dengan menggunakan panggilan yang berlainan bagi cahayanya.

Bulan merupakan sebuah benda yang tidak mempunyai kuasa sendiri yang hanya memancarkan panahan cahaya tetapi tidak mempunyai cahaya sendiri. Ini yang digambarkan dengan perkataan nur.

Kita hari ini mengetahui bahawa alam semesta ini adalah dalam keadaan seimbang dengan letaknya bintang dalam suatu peredaran yang tertentu dan juga dengan kekuatan daya tarik yang terikat yang saling mempengaruhi antara satu sama lain bertalian dengan jisimnya dan kecepatannya yang tersendiri. Inilah yang dijelaskan di dalam al-Quran dengan kata-kata yang hanya dapat difahami pada zaman ini ketika ia menyebut keseimbangan ini di dalam surah al-Anbiya’ ayat 33

 ” Dan dialah yang telah menjadikan malam & siang, matahari & bulan, (sedang semua itu) bergerak beredar di landasan (masing-masing)”.

Perkembangan langit-langit dan tempat matahari yang tetap juga dijelaskan di dalam al-Quran sesuai dengan kajian sains. Dengan menggunakan perkataan mustaqarr dalam surah Yain ayat 38, al-quran menjelaskan bahawa matahari mempunyai suatu tempat tertentu;

“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya, demikian ketetapan (Tuhan) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengeahui”.

Ayat ini menjelaskan bahawa matahari berkembang dan menuju ke suatu tempat tertentu. Matahari merupakan suatu bintang yang berumur 4.5 bilion tahun, telah mengalami proses perkembangan dan ia akan berubah. Matahari disebut dalam ayat itu mengarah ke tempat yang khas. Tempat itu dinamakan dalam ilmu falaq sebagai apex dan dalam sistem matahari kita berkembang dalam angkasa dan menuju ke suatu temapt tertentu dengan kecepatan 19 kilometer sesaat.

Perluasan alam semesta adalah suatu perkara yang dibuktikan oleh sains. Yang dipersoalkan, bagaimana ia terjadi? Dari ‘general theory of relativity’ perluasan alam semesta di akui oleh ilmu fizik dalam pemeriksaan mengenai bimasakti yang membuktikan bahawa bimasakti-bimasakti saling menjauhkan diri antara satu sama lain. Ayat diatas sangat sesuai dengan penemuan sains moden ini.

Manusia sekarang dapat meneroka dan menembus angkasa lepas. Penerbangan manusia ke angkasa lepas adalah kerana kemajuan teknologi yang memungkinkan pendaratan manusia di bulan.

Contohnya kita selalu teringat bait-bait puisi yang sering kita lafazkan ketika tibanya Maulidun Nabawi atau Maulidur Rasul. Bait-bait puisi ini ditujukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. iaitu lah berfirman, Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan seperti mana dalam kitab Allah pada hari di mana Allah menjadikan langit dan bumi ini.

Anta Syamsun Anta Badrun (Kaulah umpama matahari dan kaulah umpama bulan)

Anta Nurun Fauqa Nuri (Kaulah umpama cahaya di atas cahaya)

Tahun Masihi dikira berasaskan peredaran matahari manakala Tahun Hijrah pula dikira berasaskan peredaran bulan. Perkataan matahari disebut sebanyak 33 kali dalam al-Quran, berbanding perkataan bulan disebut sebanyak 27 kali dalam al-Quran. Jika dijumlahkan keduanya disebut sebanyak 60 kali. Purata bagi kedua kalinya ialah 30 puluh.

Allah berfirman, Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan seperti mana dalam kitab Allah pada hari di mana Allah menjadikan langit dan bumi ini.

Antaranya ialah empat bulan yang diharamkan berperang (Muharam, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah). (at-Taubah: 36)

Sehubungan itu kita dapat perhatikan semua tahun sama ada tahun Hijrah, tahun Masihi, tahun Arab, tahun Cina, tahun India dan apa jua perkiraan tahun memiliki 12 bulan. Selain itu, jika kita menganalisis ayat al-Quran kita dapati perkataan shahrun yang bererti bulan disebut sebanyak 12 kali.

Antaranya ialah ayat yang sering dibaca ketika bulan Ramadan iaitu dalam Surah al-Qadr yang bermaksud, Lailatul qadar lebih baik daripada 1,000 bulan.

Biasanya apabila sambutan Maal Hijrah kita akan merenung sejenak kedudukan umat Islam pada masa kini. Dan suasana masyarakat Islam di Malaysia ialah mereka banyak mengadakan perayaan sambutan Maal Hijrah sama ada di masjid atau di surau. Antara aktiviti yang paling popular ialah aktiviti ceramah tentang peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w. dan kaum Muslimin dari Mekah ke Madinah.

Kebanyakan penceramah akan menyampaikan cerita tentang perjalanan penuh ranjau ke Yathrib (Madinah) yang dilalui oleh Rasulullah bersama sahabat karibnya Saidina Abu Bakar r.a.

Antara slot yang sering difokuskan ialah peranan labah-labah yang telah membuat sarang sebaik sahaja Nabi dan sahabatnya memasuki gua Thur.

Langkah labah-labah tersebut menyebabkan orang kafir Quraisy tidak berminat masuk ke dalam gua tersebut kerana merasa yakin bahawa tiada orang dalam gua kerana ada sarang labah-labah.

Pada fikiran mereka, jika ada orang yang masuk sudah tentulah sarang tersebut terkoyak. Sehubungan itu, labah-labah dianggap sebagai binatang yang mulia kerana menjadi penyelamat. Oleh itu, tidak hairanlah kalau gambar labah-labah dijadikan lambang utama atau ikon bagi sambutan Maal Hijrah di Malaysia.

Tahukah anda, bahawa peranan yang dimainkan oleh labah-labah tersebut telah menarik perhatian para saintis Barat. ketika masyarakat Islam di Malaysia masih lagi saban tahun bercerita tentang kisah labah-labah sebagai penyelamat, para saintis Barat telah membuat kajian terperinci tentang labah-labah.

Antara hasil yang diperolehi ialah air liur labah-labah merupakan suatu elemen yang sangat kuat dalam melindungi sesuatu benda. Setelah dibuat perbandingan didapati bahawa baju daripada air liur labah-labah didapati lebih kuat daripada baju yang dibuat daripada besi keluli. Ini kerana baju yang dibuat daripada air liur labah-labah adalah kalis peluru berbanding besi keluli.

Hasil kajian ini, Barat membuat tindakan drastik. Mereka pun membuat projek mega dengan menternak labah-labah secara besar-besaran dan membina kilang memproses air liur labah-labah. Di samping itu kajian ilmiah tentang rahsia labah-labah diteruskan dari semasa ke semasa.

Hari ini, negara-negara Barat seperti Britain menggunakan teknologi ini dalam bidang pertahanan. Mereka begitu yakin dengan fungsi labah-labah yang menjadi benteng yang kuat sehinggakan pihak musuh tidak dapat menyerang Nabi dan sahabatnya.

Jadi, apakah perbezaan antara cara berfikir masyarakat Islam di Malaysia dan para saintis di Barat? Para saintis dibarat sangat berminat mengkaji sirah nabi & berusaha untuk menghasilkan sesuatu berdasarkan kisah tersebut..

Soalan: Bagaimana pula matrixcode boleh membuktikannya?

Kerana kita mempunyai beberapa formula by fact, by real & by live with prove seperti kitaran minit (baca minda jarak jauh)  dan kitaran tahunan, bulanan dan harian anda (pagi, petang & malam anda) termasuk segala yang berkaitan dengan huruf perkataan atau nama yang boleh dibuktikannya di dalam kursus, dari sinilah anda mudah mempelajarinya dan juga berdasarkan dari cerita-cerita filem terutama filem keluaran barat kerana mereka sebenarnya pembawa gelombang elemen melalui konsonan huruf, nombor dan kitaran kalendar dan pelopor sehingga terlahirnya rahsia kaedah kiraan ini.

Soalan: Kenapa ada yang suka mengkritik?

Ini samalah dengan dunia manusia..’all is about self behaviour and nobody is perfect’…contoh dizaman sekolah anda, ada dikalangan pelajar yang mudah bersahabat dengan anda dan ada juga yang sebaliknya..samalah juga didalam bidang agama kerana kita mempunyai pelbagai mazhab dan fahaman dan lain pegangan serta kepercayaan..begitu juga ketika kita bersolat dimana setiap orang membawa sifat penghayatan masing-masing dan perlakuan didalam solat.

Kita perlu sedari ada sesetengah dari mereka membawa fahaman mereka melalui idea-idea mereka, sesetengahnya suka mengkritik dan tak lebih dari itu, sesetengahnya pula mempunyai agenda bertujuan mengeruhkan lagi keadaan..yang lain pula suka menumpang semata-mata untuk mengeruhkan lagi keadaan…anda boleh lihat sendiri didalam keluarga anda, didalam forum-forum..kerana itulah perlu difikirkan disini didalam sejarah para nabi sedangkan anak Nabi Nuh a.s sendiri tidak mahu mendengar nasihat bapanya..ini adalah perumpamaan yang allah nyatakan tujuan sebab, kenapa dan mengapa ini terjadi, kerana semuanya telah dinyatakan didalam quran.

Kerana itu diberikan contoh walaupun Nuh a.s itu adalah antara para-para nabi.  Contoh ini adalah rujukan yang perlu kita jadikan panduan. Sebab itu mempelajari kaedah ini maka mudah bagi anda mengenali individu tersebut & mudah membuat tindakan yang sepatutnya dan tidak perlu memikir dan memeningkan kepala kerana itu adalah gelombang tuan punya diri sendiri.

Soalan: Adakah matrixcode pernah mempelajari kaedah kitaran atau kiraan melalui nama ini dengan sesiapa?

Untuk makluman sekiranya ada sesiapa sebelum ini yang pernah mengajar kaedah seperti ini, sudah tentu anda telah mendengarnya dari pihak-pihak lain sebelum terlahirnya matrixcode..terutama kepada peminat yang sentiasa mengikuti kursus atau seminar pernomboran….bagaimanapun apa yang boleh dikatakan disini sesungguhnya matrixcode tidak pernah mempelajarinya dengan mana-mana individu hanya melalui beberapa rakan yang pada mulanya mengajar asas sahaja (blog.kelabsainsmetafizik.com) dan tidak lebih dari itu…akan tetapi kalau ada guru atau sesiapa yang mengatakan beliau adalah pelopor kaedah matrixcode ini maka bolehlah minta jasa baik beliau meluangkan masa untuk membuktikan bersama matrixcode sepertimana matrixcode mengajar kaedah ini didalam kursus atau seminar yang dianjurkan. Apa yang dimaksudkan perumpamaan disini ialah pengtafsiran yang bermula dari tahap simbol daun, ranting, dahan, pohon, akar dan isinya untuk tampil bersama dengan sesiapa yang mengatakan beliaulah yang telah mengajar matrixcode kaedah ini…kerana itu kami trademark dan mempatenkan konsonan huruf abjad ini dan kaedah kitaran.

Soalan: Bagaimana jika ada pihak yang mengatakan beliaulah yang mengajar kaedah ini kepada matrixcode?

Anda boleh bertanya perkara-perkara dibawah ini padanya:

1-Adakah  beliau  boleh  mengajar  formula yakni  jika  salah seorang  dari  ’3′  rakan  anda sembunyikan  sesuatu  bentuk  barang, adakah  beliau  boleh  mengetahui  melalui  kiraan siapakah  di antara ’3′ rakan anda  yang  menyimpan  barang  tersebut?

2-Atau  anda bertanya  kepadanya: bolehkah  beliau  memberitahu  apa  yang  berlaku  pada anda  di dalam  bulan  ini  atau  hari  ini?

3-Atau  anda  pula  minta  padanya  berikan  apa-apa  satu  nama  perkataan  atau  pun  beri  3, 4 atau  5  huruf  atau  3,  4  atau  5  angka  nombor?   formula  ini  akan  memberitahu  suasana  sekelilingnya  dan apa  yang  sedang  beliau  fikirkan.

4-Atau  perkara  paling  mudah  anda  suruh  beliau  menceritakan  sifat  diri  anda  melalui nama  atau  syarikat  anda?

5-Sekiranya  anda  membayangkan  seseorang  di dalam  fikiran  anda  seminit  tadi, bolehkah  beliau  memberitahu  siapakah  yang  anda  bayangkan  se-minit  tadi?

6-Atau  anda  bertanya  padanya  apa  perbezaan  individu  yang  lahir  pada  20hb dan 2hb  &  jawapan  mesti  di nyatakan dan di hurai  dalam  nombor  dan bukan  dalam  alasan-alasan umum  yang  berbentuk  subjektif.   

Soalan: Dari mana matrixcode mendapat kaedah ini?

Kami berikan perumpamaan seperti ini, untuk menjadi seorang pencipta (creator) anda perlu menjadi seorang pemikir dan untuk menjadi seorang pemikir anda memerlukan ruang khusus untuk melakukan kajian dan untuk melakukan kajian pula anda perlukan masa yang panjang berhari-hari, berbulan-bulan bertahun-tahun dan sehinggalah ia-nya mampu diterjemah dan dibuktikan didalam masyarakat. 

Samalah contoh seperti keluarga seorang nelayan tetapi beliau mempunyai seorang anak yang bijak dimana keluarganya telah sedar potensi beliau bermula kelahiran beliau sehinggalah beliau meningkat dewasa sehingga beliau diiktiraf sebagai pelajar terbaik pada tahun tersebut atau siapakah yang anda tahu diantara tokoh-tokoh genius yang lahirkan pelbagai alat atau formula yang kita guna dari zaman ke zaman sehinggalah ke hari ini, sama ada tokoh tersebut dimalaysia atau dieropah tetapi pada awalnya adalah dari kalangan keluarga daif. maka oleh itu kajilah tentang sejarah kehidupan genius thinker seperti leonardo da’ vinci atau pun sir isaac newton.

Begitu juga anda boleh lihat bagaimana ramai pelajar cerdik pandai yang tidak pulang ke malaysia semula selepas tamat pembelajaran kerana apa? Salah satu faktor adalah disebabkan oleh pembayaran gaji yang setimpal disamping kelebihan-kelebihan lain yang ditawarkan.

Sekiranya amalan ini berterusan sepanjang zaman maka semua pelajar yang menjadi pakar didalam sesuatu bidang dan seolah-olah dimalaysia hanya kurang dari 10% dari kalangan genius,  kita mungkin tidak sedar kerana mereka telah diambil bekerja dan diberi kehidupan yang mewah diluar negara setimpal dengan kemampuan mereka dan sebab itulah sekiranya kita sedar kerana ilmu dan kepandaian pelajar-pelajar ini telah diperhati berdasarkan dari prestasi mereka oleh pihak universiti maka pihak lain akan menawarkan harga yang tinggi kepada mereka sebab itulah sehingga hari ini tiada satu pun ciptaan kita disekeliling kita apatah lagi produk yang ingin dipasarkan diluar negara..semuanya hasil dari ciptaan luar..sebab itulah di amerika ramai pelajar dari luar dan sebab itulah juga negara-negara maju mempelawa kalangan pelajar bijak pandai menuntut atau menyambung pelajaran dinegara mereka tapi persoalannya apa jaminan mereka akan balik ke malaysia..

Contohnya: Anda telah lama bekerja dan memegang jawatan sebagai production engineer didalam merekacipta bentuk peralatan terkini disyarikat sony elektronik tetapi pihak samsung elektronik tahu bahawa selama ini anda ialah salah seorang yang telah memberi impak dan keuntungan ke atas industri sony elektronik dan akhirnya telah perlahan-lahan diajak dan ditawarkan pekerjaan, gaji yang lumayan dan pelbagai imbuhan yang mana pihak sony sendiri tidak dapat menawarkan kepada anda.

Soalan: Adakah kaedah matrixcode ini ramalan?

Setiap hari ramai dikalangan manusia membawa sifat ramalan itu sendiri (membuat andaian) iaitu mengagak-agak, mengandai-andai tentang sesuatu perkara sebagai contoh anda meramalkan tentang sesuatu perkara itu akan terlaksana atau terjadi tetapi akhirnya tidak berlaku seperti apa yang anda janjikan..kebiasaannya maksud salah satu yang dikatakan ramalan ialah meramal hari akan kiamat, meramal pesakit ini akan mati disebabkan penyakit sesuatu penyakit, meramal ditimpa bencana.  

Meramal itu penting tetapi perlu berdasarkan kepada fakta dan kajian sains yang boleh diterima pihak ramai dan mampu dibuktikan kepada masyarakat..kalau anda tidak meramal sesungguhnya anda tidak kepada mendalami dan mengkaji kerana dari asas meramal-lah akan timbul kecenderungan minat yang mendalam kepada sesuatu ilmu yang akhirnya menjadikan kepada kajian sains.

Sebagai contoh beliau menyakinkan kepada anda dengan mengatakan syarikat beliau akan memberi anda pulangan yang lumayan hasil dari pelaburan pokok yang dilaburkan tetapi itu beliau hanya memberi ramalan atau andaian kepada anda tetapi apakah fakta & bukti yang anda mampu ditunjukkan kepada kami..sudah tentu beliau tidak mahu menyebut menggunakan perkataan ‘ramalan kami atau firasat kami..’  kerana sudah tentu sukar untuk menarik pihak ramai menyertainya. Akhirnya terpaksalah menggunakan pelbagai cara, ayat atau perkataan lain yang membolehkan pihak lain mempercayainya. 

Setiap simbol nombor didalam kaedah matrixcode berada diatas setiap garisan dan kedudukannya dan tidak pernah berdusta atau istilah lain kalau pertama kali anda mengatakan nombor itu adalah ramalan maka itu boleh diterima pakai dan kali yang ke-dua anda masih lagi mengatakan itu adalah ramalan maka kedangkalan anda masih lagi juga boleh diterima tetapi jika masuk kali ke-tiga dan anda masih lagi mengatakannya ramalan….maka adakah anda sebenarnya yang sedang bermasalah?  

Atau contoh lain: jika anda sedang meyakinkan seseorang dengan sesuatu perkara tanpa alasan yang boleh diterima dan individu itu mengatakan anda sedang cuba meyakinkan dirinya dengan ramalan dan andaian berdasarkan dari kata-kata anda. Persoalannya apa yang harus anda buktikan?

Ada pula yang berpendapat yakni mempelajari ilmukaji bumi dan astrologi untuk tujuan kebaikan bagi bagi mendapat maklumat untuk keselamatan manusia sebenarnya tidak salah..sebagai contoh: mempelajari kaedah bio kimia sains tidak salah tetapi bagaimana pula mereka ini mempelajarinya bertujuan untuk satu tujuan iaitu membuat suatu ledakan bom..apatah lagi kerana mereka mempunyai agenda penguasaan. 

Tetapi persoalan disini ialah pihak-pihak yang mengkaji ini sudah tentu mempunyai agenda idea besar mereka..dan pihak jewish akan mentertawakan anda kerana dengan cara pengkajian mereka inilah yang membuatkan mereka menakluk dunia melalui pemikiran manusia.

Soalan: Adakah matrixcode mengkaji bulan bintang seperti aries, leo, virgo dan lain-lain?

Tidak sama sekali..tetapi perlu ingat dan kita perlu sedar.. walau sebesar zarah sekalipun apa yang berlaku setiap perjalanan saat, minit, hari bulan dan tahun semuanya mempunyai maksud atas apa yang allah jadikan….didalam karya kitab “rahsia & khasiat huruf-huruf Hijaiyyah” karya abu al-baqir ad-dusuqi …manusia itu adalah asbab musabab dan ikthiar semata-mata dan apa yang berlaku keatas anda sebelum ini, selepas ini, atau yang akan berlaku setiap apa mempunyai alasan positifnya dan negatifnya?

Sebagai contoh: Didalam kawasan kampung ini terdapat klinik yang telah hampir 2 bulan tiada mendapat keuntungan disebabkan kurang didatangi pesakit dan doktor diklinik ini telah mendoakan kepada allah memohon sedikit rezeki perniagaannya ketika beliau sedang bersolat pada malamnya…secara tiba-tiba keesokannya telah berlaku pelanggaran kecil diantara dua kenderaan dan puncanya pemandu yang pertama ini disebabkan mengantuk dan pemandu yang satu lagi pula disebabkan sedang khayal berbual ditelefon dan pelanggaran ini juga telah berlaku ditepi jalan berhampiran klinik berkenaan..dan beberapa pesakit ini telah dibawa ke klinik tersebut? ..hasilnya allah telah memberi rezeki hasil dari doa doktor tersebut dan disamping allah memberi peringatan kepada kedua-dua pemandu ini dan jadikan iktibar kepada mereka.

Soalan: Tetapi sesetengahnya sukar mempercayainya kaedah seperti ini kenapa?

Ini samalah seperti percaya kepada tuhan, percaya adanya kematian, percaya adanya makhluk ghaib, jin, syaitan, malaikat dan lain-lain. Pernahkah anda terfikir kenapa kebanyakan filem dari barat membawa unsur plot cerita yang bersifat mistik, pelik atau bersifat ketuhanan yang melampau..kerana menunjukkan disini mereka mempunyai sifat pemikiran yang menjangkau diluar batasan..mereka akan memikir lebih dalam dan lebih konsisten kerana jika mereka dapat mencari formula tersebut maka mereka akan menguasai dunia tidak kira dibidang apa sekali pun. 

Kita ambil contoh bagaimana bagaimana pakar-pakar ahli silap mata terhebat yang terdiri dari datang dari keluarga jewish atau mempelajarinya dari pakar-pakar dari kalangan mereka. sebagai contoh:

Kenapa tatoo dilengan beliau mempunyai kod nombor 174517 dan diletakkan disebelah kiri tangan?

“He has Primo levi’s concentration camp number 174517 tattooed on his left forearm”

Soalan: Adakah matrixcode akan mencerita permulaan sejarah nombor dan huruf abjad ini didalam kursus nanti?

Tidak..kerana mengambil masa yang panjang untuk dijelaskan & mungkin sedikit informasi akan disampaikan, ini kerana tumpuan utama adalah formula kiraan dan cara memahami nombor dan pengiraan huruf abjad…juga kalau diperhati berdasarkan dari pengalaman kami, jumlah masa mengajar didalam sehari itu sebenarnya adalah terhad, jadi apa yang penting perlu terus kepada tujuan utama iaitu fokus kepada mengajar huraian dan formula. 

Soalan: Apakah jaminan saya dapat pemahaman sepenuhnya selepas belajar nanti?

Anda perlu kenali diri ..atau sekurang-kurangnya anda telah mula memahaminya walaupun anda mendapatnya sedikit tetapi anda tahu mempraktikkannya berbanding jika anda terlalu tamak untuk mendapat semuanya maka dikhuatiri sebaliknya pula yang akan berlaku.

Cuba perhatikan bagaimana kejayaan yang anda kecapi pada hari ini dimana bermula anda lahir ke-dunia sehinggalah ke saat ini dimana anda telah diajar ilmu pengetahuan disekolah dan diajar juga tentang agama dan jika anda perhatikan disini, sekiranya tanpa ilmu pengetahuan yang ada pada diri anda saat ini, mungkin anda sendiri langsung tidak tahu menggunakan komputer. Paling penting ialah usaha dan keikhlasan anda. Apa-apapun matrixcode akan cuba memberi yang terbaik. 

Soalan: Adakah formula kitaran, maksud konsonan huruf abjad melalui nama ini ada diajar subjek ini dimana-mana universiti diluar negara?

Itu kami tidak pasti cuma sekiranya kaedah ini ada diajar diluar negara maka pihak-pihak yang mempuyai modal yang besar akan menggembleng dan mempatenkan kaedah ini disamping mengaplikasi didalam satu bentuk mekanism (cth bagaimana mereka memcipta mesin poligraf).

Soalan: Adakah fengshui dan numerology islam atau christian itu sama?

Sebenarnya hampir sama cuma perbedaan disini ialah sedalam mana huraian setiap angka ber-nombor itu yang mampu dihuraikan dan setiap dari mereka yang berbeza anutan agama akan membuat huraian berdasarkan dari sudut agama, budaya juga dari didikan pengetahuan agama masing-masing serta dari elemen–elemen alam kerana mereka-mereka ini juga manusia ciptaan allah yang sama-sama telah mengkaji berdasarkan dari dimensi kitaran kehidupan dan peraturan alam cuma kelebihan kami ialah mempunyai formula kitaran dan huruf abjad dan dari sudut pahaman islam pula lebih menjurus ke arah ilmu tasauf  sepertimana mempelajari ilmu usulluddin iaitu mempelajari mengenal asal usul diri dan agama……samalah seperti anda mula ingin mengenali diri anda siapa anda.

Kesimpulan disini allah mencipta dan memilih manusia dikalangan genius dan cerdik pandai tidak kira golongan atau agama apa sekali pun bertujuan menunjukkan masing-masing perlu bersaing mengunakan kelebihan akal akan tetapi perlu bersandarkan quran dan hadis sahih kerana itulah anak anda dituntut pergi ke sekolah mempelajari ilmu sejarah, geografi, matematik, sains semuanya tentang tamadun dunia dan sejarah-sejarah terdahulu, ini adalah kunci penentu menjadikan pelajar genius dan melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti khusus untuk pembangunan keluarga, masyarakat dan ekonomi negara.   

Cuba anda perhatikan kenapa manusia-manusia terdahulu lebih bijak dari sekarang samada dari aspek pemikiran agama, kebendaan atau kemewahan dan apa yang dilakukan dan dilahirkan oleh orang-orang terdahulu telah diikuti dan diperkemaskini pula oleh orang sekarang.

 Soalan: Didalam kaedah matrixcode adakah ada nombor yang baik atau yang tidak baik?

Pada hemat kami setiap pola-pola angka ber-nombor itu telah berdiri dengan sendirinya diatas kod entiti elemen masing-masing dan setiap angka itu mempunyai positif dan negatifnya jadi tidak timbul soal baik atau buruk kerana setiap yang positif itu akan menjadi negatif jika salah menggunakannya dan setiap yang negatif itu akan menjadi posiitif jika tahu menggunakannya, cuma manusia itu seringkali takut pada negatif atau kita ambil sebagai contoh: jika ditanya adakah anda telah bersedia menerima kegagalan yang akan datang sama ada didalam kesihatan, pendidikan, perniagaan, cinta atau perkahwinan dan apa persediaan yang anda telah sediakan?

Atau contoh lain, adakah anda bersedia jika kitaran menunjukkan bahawa syarikat anda akan mula merudum bermula bermula awal tahun hadapan…sepatutnya anda mengambil langkah persediaan lebih awal tetapi bagaimana pula jika kitaran menunjukkan positif maka kenapa anda tersenyum, sebagai contoh: kitaran menunjukkan anda akan berkahwin dengan pasangan anda pada bulan november tahun ini dan suasana pada bulan tersebut sangat meriah dan penuh dengan keceriaan & kegembiraan tanpa sikit pun tekanan yang datang dan contoh negatif yang lain pula: dimana anda telah disyaki lalu pihak pentadbiran bakal mengambil tindakan disiplin disebabkan anda telah melakukan kesalahan tata etika kerja yakni menyalin rekod data-data sulit hak peribadi syarikat. Jadi bukankah setiap kehidupan itu perlu ada pasang dan surutnya. Kenapa perlu untuk mengelak, bukankah yang lebih penting anda perlu mencegah dahulu berbanding dari mengubati. Seperti mana pujangga mengatakan hidup itu jika tiada bermula dengan kegagalan atau kejayaan bukanlah hidup namanya.

Secara konklusinya disini ialah allah memerintahkan manusia untuk menyelidiki dan merenungi keberadaan langit, bumi, gunung, bintang, tumbuhan, binatang, pergantian siang dan malam, penciptaan manusia, hujan dan ciptaan-ciptaan-Nya yang lain. Dengan begitu, manusia akan menyedari keindahan ciptaan-ciptaan Allah di sekitarnya dan pada akhirnya mengenali Allah sebagai Zat yang menciptakan alam semesta beserta seluruh isinya.

Sementara, ‘sains’ memberikan jalan untuk dapat mengkaji alam semesta dan seluruh isinya ini agar menemukan keindahan dan memahami ciptaan-ciptaan-Nya. Karenanya, agama mendorong sains, menjadikannya prasarana untuk mempelajari seluk-belok ciptaan-ciptaan Allah.

Agama tidak hanya mendorong dilakukannya kajian-kajian tentang sains, tetapi juga mengarahkannya – dengan didukung oleh fakta-fakta yang terdapat di dalam Al Quran – agar hasilnya meyakinkan dan tepat guna. Sebab, agama merupakan sumber satu-satunya yang mampu menyediakan jawapan yang jelas dan tepat tentang bagaimana kehidupan dan alam semesta bermula.

Allah menyuruh kita memikir apa yang telah diciptakan olehnya kepada kita dan kemudian jadikannya sebagai salah satu bidang pendidikan hari ini seperti ahli kaji bintang dan ahli falak..bukankah jika kerana sebelum kedatangan jam masa, dimana anda perlu melihat kedudukan matahari untuk menentukan masuknya waktu zohor, asar, maghrib, samalah cara bagaimana mengetahui arah kiblat yang sebenar dan melalui itulah allah menyuruh kita laksanakan bermula dari apa yang telah diciptakan kerana surah-surah didalam quran merupakan perumpamaan ayat yang mempunyai huraian yang mendalam.

Ada sebuah fakta yang sangat penting untuk diperhatikan: sains hanya akan mampu menghasilkan penemuan yang mampu dibuktikan jika sains mengambil penyelidikan tanda-tanda adanya penciptaan atas alam semesta sebagai tujuan utamanya, dan tetap konsisten pada tujuan utamanya tersebut. Sains akan dapat mencapai tujuan utamanya tersebut dalam waktu singkat hanya jika ia ditunjukkan kepada arah yang benar, yaitu hanya jika ia dibimbing dengan benar. Sebagai contoh: bagaimana  hanya  mengecam  fingers  print  (cop jari) mampu  mengecam  kod  identiti  anda. SEKIAN.

KONSONAN HURUF ABJAD..

Posted by matrixcodeadmin on May 4, 2011
Posted in: Artikel. Leave a Comment

 Sila klik ditengah gambar untuk lebih jelas.

*INFO ULU YAM: “kawasan ini akan lebih merbahaya terutama disebelah malam..”

Untuk memahami sedikit cerita & maklumat tentang kod paten diatas….sila klik link-link dibawah ini..

http://ondscene.my/operasi-menyelamat/jatuh-gaung-dihari-pertama-bertugas 

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk_04.htm

http://bincang.net/forum/showthread.php?41687-Edisi-Siasat-SEKS-DI-ULU-YAM

http://www.youtube.com/watch?v=YXkbcU4ugOQ

NOMBOR & AL-QURAN

Posted by matrixcodeadmin on March 18, 2011
Posted in: Artikel. Leave a Comment

Sebelum-sebelum ini peserta yang telah mengikuti kursus di hari terakhir modul ke-5, dimana memohon kerjasama peserta yakni  menandatangani borang kami secara jujur berdasarkan apa yang anda telah di ajar & di buktikan tentang beberapa formula  kehebatan rahsia melalui mombor kiraan ..‘Confidence by numbers ’…berdasarkan pengetahuan kami belum terdapat mana-mana pengajar yang mampu menunjukkan ‘RAHSIA KEBENARAN NOMBOR’ secara berani dikhalayak ramai…dan kerana itulah punca masih terdapat ramai pihak tidak percaya/kurang percaya dengan dunia pernomboran.

Ini adalah kerana produk ilmu didalam kursus matrixcode tidak sama dengan mana–mana guru yang mengajar kaedah kiraan tarikh lahir kerana kaedah kami lebih jauh dari itu iaitu merangkumi segala rahsia huruf abjad dan setiap apa perkara yang menggunakan nombor disekeliling kita setiap hari.

Berkenaan sudut cabang agama islam pula, walaupun setiap masyarakat kita mempunyai pelbagai tanggapan dan anggapan, tetapi Islam itu sendiri tidak mengenepikan persoalan misteri dan ghaib (tidak terfikir oleh akal). Firman allah didalam permulaan al-quran surah al-baqarah ayat 2, “iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib….” maksud perkara yang ghaib ialah perkara yang tidak dapat ditanggap oleh pancaindera dengan beriktikad bahawa Ia sesuatu yang maujud kerana terdapat dalil bahwa hal itu ada.

Seperti para malaikat, roh, jin, syaitan dan lain lain makhluk yang allah jadikan bukan dari unsur kejadian manusia dan binatang. Dan bagi sesetengah pihak lain pula, peristiwa, kejadian dan perkara pelik serta ajaib itu tidak memberi apa-apa erti kepada mereka. Sebahagian lainnya, langsung menolak kaitan setiap peristiwa, kejadian dan perkara pelik serta ajaib itu dengan Khaliq (Allah) yang menjadikan semuanya, sebaliknya mengatakan hanya sebagai tabiat alam dan suatu kebetulan sahaja atau pula ada yang mengaitkan dengan sesuatu kuasa mistik dan ghaib makhluk tertentu.

Keyakinan mereka itu bertentangan sekali dengan firman allah didalam al-quran: Firman allah surah Ali Imran ayat 190-191 maksudnya: “sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan silih berganti malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran allah) bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang sentiasa mengingati allah sambil ia berdiri atau duduk atau dalam keadaan baring dan mereka memikirkan akan penciptaan langit dan bumi, lalu berkata : Ya tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan semua ini dngan sia-sia…” Firman allah lagi maksudnya: “Dan mengapa mereka tidak mahu memikirkan tentang (kejadian) diri mereka. Allah tidak menjadikan langit dan bumi, dan apa yang ada diantara kedua-duanya, melainkan dengan (tujuan) yang benar dan waktu yang ditentukan…” (surah Rum (30):8). Lalu allah menyindir mereka: Afala tafakaruun maksudnya: “apakah kamu tidak mahu berfikir atau menggunakan akal fikiran?” (surah al-An’am (6): 50). Firman allah maksudnya: “Kemudian akan kami tunjukkan tanda-tanda kekuasaan kami pada alam dan dalam diri mereka, sampai jelas bagi mereka bahawa ini adalah kebenaran” (surah Fusilat (41): 53).

Pun begitu didalam al-quran terlalu banyak Allah membuat tamsilan (perumpamaan) diantaranya ialah : “Dan tamsilan–tamsilan dan perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang yang berilmu (sahaja) yang dapat memahaminya. Allah mencipta langit dan bumi dengan cara yang paling layak dan berhikmah; sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi orang yang beriman..” (Surah al-angkabut-29: 43-44).

Tragedi WTC 11’September 2001 dan Nombor Didalam Al-quran

Dan begitulah juga bagaimana melalui fakta kaedah pernomboran telah sama dikaji dan diselidik oleh Dr.Zaghlul Najjar, seorang ulama mesir yang bijak dibidang sains dan beliau pernah mengajar diamerika tetapi kini bertugas di saudi. Beliau menerangkan ayat yang tersirat berkenaan iaitu ayat 110 surah al-taubah (al-bara’ah). Maka fakta didalam ayat tersebut bersifat menyamai dengan kejadian 11’ September 2001 itu. Ayat itu yang ke-110 (bangunan WTC 110 tingkat). Juzuk ke-11 (tarikh kejadian berlaku pada 11 haribulan). Surah ke-9 (Kejadian itu berlaku dalam bulan 9). Sementara huruf terakhir surah itu ialah huruf yang ke-2001 (Kejadian itu berlaku dalam tahun 2001).

Bermaksud:“ Keruntuhan yang dibina oleh mereka yang munafik itu sentiasa menjadi penyakit syak dan keluh kesah (lebih daripada yang sedia ada) dalam hati mereka (dan tidak akan habis) kecuali apabila hati mereka hancur luluh dalam tanah. Dan ingatlah allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.

Menerusi hasil dan kajian dakwah beliau dengan mengabungkan fakta sains yang bertepatan dengan al-quran dan penyelidikan beliau seiring dengan Syeikh Abdul Majid Zandani, Yaman. Sekian

GAMBARAJAH KITARAN CALON

Posted by matrixcodeadmin on March 6, 2011
Posted in: Artikel. Leave a Comment

KITARAN CALON BERTANDING HARI INI

Posted by matrixcodeadmin on March 6, 2011
Posted in: Artikel. Leave a Comment

Berdasarkan tarikh lahir dan nama calon yang bertanding untuk kawasan merlimau & kerdau yg kami updatekan sebentar tadi pada pukul 15:43 (6/3/2011 – AHAD pm) dan berdasarkan kiraan kitaran emosi / tingkahlaku dan suasana sekeliling  yang  berlaku pada malam ini menunjukkan kitaran kemenangan kedua-dua kawasan (MERLIMAU & KERDAU) akan dimenangi oleh calon BARISAN NASIONAL (MAKLUMAN: Kami menghadapi kesukaran mendapatkan tarikh kelahiran bagi calon PAS untuk kawasan kerdau iaitu saudara hassanuddin salim) justeru kami menggunakan formula lain iaitu dengan menggunakan nama penuh beliau dikombinasikan dengan tarikh pendaftaran pertubuhan parti PAS. Walaupun mungkin ada yang mengatakan kalau dilihat diatas kertas anda boleh mengagak kemenangan calon tetapi kami berdasarkan kiraan tarikh kalendar hari melalui software yang dikombinasi dengan nama penuh & tarikh kelahiran anda..samalah juga dimana kami mengumumkan sebelum ini kemenangan SBY pada pemilu (PILIHANRAYA INDONESIA) 2009 mengatasi undi megawati dan jusuf kalla…sekian

PEMBONGKARAN RAHSIA NOMBOR TANPA SEMPADAN

Posted by matrixcodeadmin on January 28, 2011
Posted in: Artikel. Leave a Comment

Pernahkah terfikir apa ada pada keserasian nama?

Pernahkah terfikir kenapa anak anda sukar untuk belajar berbanding dengan anak yang lain…?

Pernahkah terfikir kenapa anda memilih si dia sebagai pasangan hidup berbanding dengan yang lain….?

Pernahkah terfikir kenapa anda beri lebih kasih sayang dengan anak anda berbanding dengan anak-anak yang lain..?

Pernahkah terfikir seseorang yang telah mengajar membina kejayaan tetapi anda masih sukar menjadi sepertinya…?

Pernahkah terfikir si-dia mudah mencipta kejayaan tetapi kenapa anda sukar…?

Pernahkah terfikir anda sertai bermacam kursus kejayaan tetapi tidak menampakkan hasil yang anda inginkan…?

Pernahkah terfikir kenapa pasangan ini mudah mencipta kejayaan tetapi sukar untuk pasangan anda…?

Pernahkah terfikir kenapa kawasan perniagaan disesuatu tempat lebih maju berbanding dikawasan anda…?

Pernahkah terfikir kenapa prestasi syarikat menaik dan menurun… ?

Pernahkah terfikir kenapa disebelah pagi anda beremosi dan disebelah petang pula anda suka..?

Pernahkah terfikir hari ini anda berduit dan besoknya tidak..?

Pernahkah terfikir kejayaan inidvidu itu bukan disebabkan oleh syarikatnya tetapi disebabkan oleh dia…?

Pernahkah anda terfikir wang sebenarnya didalam tangan masyarakat..tetapi bagaimana untuk mendapatkannya… Apakah anda mempunyai penarik kuasa pengguna..?

Pernahkah terfikir kenapa anda berminat menjual produk ini…tetapi tidak berminat menjual produk itu…

Pernahkah terfikir rakan kongsi perniagaan anda bakal membawa kejayaan atau sebaliknya…..?

Pernahkah terfikir kenapa anda memilih lokasi tersebut sebagai pusat perniagaan anda…?

Pernahkah terfikir kenapa perniagaan anda tidak dikenali…dimanakah kesilapannya..?

Pernahkah terfikir adakah anda sebenarnya serasi dengan perniagaan tersebut…?

Pernahkah terfikir kenapa anda memilih si dia sebagai rakan perniagaan anda..?

Pernahkah anda terfikir adakah anda sebenarnya serasi dengan produk tersebut..?

Pernahkah terfikir kenapa awal perniagaan anda tidak mendatangkan hasil yang anda harapkan…?

Pernahkah terfikir bagaimana syarikat2 besar mencipta kejayaan…?

Jawapan semua soalan diatas adalah:

KOD RAHSIA KESERASIAN & RAHSIA KITARAN ANDA…

Disinilah langkah pertama penemuan rahsia merubah kegagalan mencipta kejayaan…

Temui bukti pembongkaran rahsia ini secara langsung hanya didalam kursus kami…

Matrixcode pakar rahsia pernomboran..

 

SEKADAR RENUNGAN:

Posted by matrixcodeadmin on December 22, 2010
Posted in: Artikel. Leave a Comment

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangka baik…Ada sangka buruk…

Orang yang suka beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju cantik disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)

Orang yang makan banyak disangka pelahap
Orang yang makan sikit disangka diet
Orang yang bersikap baik disangka buruk
Orang yang bersikap buruk disangka baik

Orang yang nampak senyum disangka mengejek
Orang yang nampak masam disangka sombong
Orang yang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang yang nampak diam disangka menyendiri

Orang yang nampak  menawan disangka pakai susuk
Orang yang nampak ceria disangka membela

Mana kita tahu …
Yang nampak diam itu kerana berzikir pada Allah

Mana kita tahu …
Yang nampak senyum itu kerana tujuan bersedekah

Mana kita tahu …
Yang nampak masam itu kerana mengenangkan masa depan dirinya

Mana kita tahu ….
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana kita tahu …
Yang relax itu kerana keletihan otaknya

 Mana kita tahu …
Yang ceria itu kerana cergas otaknya 

APA ITU STATIK DAN KITARAN?

Posted by matrixcodeadmin on November 27, 2010
Posted in: Artikel. Leave a Comment

1-STATIK: Adalah sesuatu unsur atau objek yang asal ( originality) yang masih belum berubah asalnya dan sebagai pembawa maksud (trademark) sesuatu perkara.

Sebagai contoh:

Tarikh kelahiran pada hari itu  STATIK.

Tarikh pendaftaran perniagaan pada hari  itu  STATIK.

Tarikh mula bekerja itu  STATIK.

Tarikh hari membeli kenderaan itu  STATIK.

Tarikh hari perkahwinan itu  STATIK.

Tarikh perceraian pada hari itu  STATIK.

Sehinggalah ke tahap paling remeh sebagai contoh iaitu tarikh membeli handphone itu juga dipanggil  STATIK.

2-KITARAN: Adalah berbentuk peredaran yang berubah-ubah didalam perjalanan hidup manusia, peredaran kitaran dunia, peredaran kitaran sesebuah negara yang mana ia-nya berubah mengikut kitaran umur dunia, umur manusia berdasarkan kalendar hari, bulan, kurun dan tahun yang berupa pergerakan gelombang kepada  tenaga dan dari sinilah kiraan boleh mengetahui sesuatu perkara berdasarkan dari kiraan mengikut tarikh-tarikh tersebut.

KITARAN MALAYSIA – TAHUN 2011:

Posted by matrixcodeadmin on October 25, 2010
Posted in: Artikel. Leave a Comment

(Maklumat dibawah tidak termasuk kitaran dari Januari – Disember. Kitaran ini juga tidak termasuk lokasi, kawasan atau negeri tertentu)

1-Ramai dikalangan pelajar / individu akan melanjutkan pelajaran diluar negara atau dalam negara.

2-Ramai akan kerap makan diluar, selera makan akan bertambah, berat badan akan meningkat disamping berbual melepak direstoran atau tempat makan.

3-Ramai membuat perancangan menjadi peniaga sambilan atau sepenuh masa, membuka kedai makan, jual nasi lemak, buka kilang keropok, jual kain dll.

4-Ramai hadapi masalah kekeliruan tekanan berkenaan melaksana urusan perancangan didalam sesuatu hal akan tetapi tidak membuat sebarang tindakan susulan yang sepatutnya.(mengeluh sendiri-sendiri)

5-Ramai akan menghebahkan pelbagai cerita kesana kesini didalam mempromosikan sesuatu cerita atau sesuatu isu kepada pihak lain.   

6-Berlaku keracunan makanan,sakit akibat tidak berhati-hati memilih makanan atau diistilahkan: TELAH TERKENA oleh sesuatu.

7-Beban urusan kerja akan meningkat, terlalu banyak buku-buku, dokumen, assigment yang perlu dirujuk dan semak tetapi menghadapi masalah mengatur perancangan diri berkaitan urusan tersebut.

8-Ramai akan mengiklan pelbagai jenis kursus yang ditawarkan, konvensyen disana sini serta kursus-kursus lain.

8-.Ramai akan membuat jamuan makan, kenduri kesyukuran, doa selamat, disamping berkumpul bersama keluarga.

10-Ramai akan melahirkan pelbagai idea-idea dan perancangan baru berkaitan sesuatu perkara / isu.

11-Kerap memikir dan menjalinkan hubungan seks bersama pasangan.

12-Pendapatan ustaz / bomoh akan meningkat, disebabkan pelbagai masalah terutama yang dihadapi oleh wanita.

13-Keinginan melakukan hubungan seks akan bertambah.

14-Pelbagai cerita baru, misteri dan pelik yang berlaku berkaitan seks dan cerita lain yang berlaku secara mengejut.

15-Proses menambah bilangan anak atau buat anak.

16-Rancangan bercorak ilmu, dokumentari, belajar agama, motivasi akan ditambah atau didalam format baru.

17-Pusat pengajian tinggi seperti universiti, kolej, maktab tuisyen, sekolah akan membuat pelbagai perubahan baru untuk tahun 2011.

18-Kerap akan melakukan mesyuarat / perbincangan / diskusi antara beberapa pihak lain didalam mencari idea dan perancangan baru.

(Gelombang ini akan mula  apabila masuk bulan 12 disember 2010)

Posts navigation

← Older Entries
Newer Entries →
  • Matrix Code Resources (TM)

    PENGASAS: En. Yuswan Yusoff

    PEMBANTU 1:( Dilah ) Nuradzilah Bte Omar

    PEMBANTU 2: Mr.Gan Kok Keong

    ================================

    Matrix Code Resources (TM)

    Suite 1208, Level 12, Amcorp Tower,

    Amcorp Trade Centre,

    No.18, Persiaran Barat,

    46050, Petaling Jaya.

    Tel : 013 – 797 2078 (Hotline)

    Email: matrixcode.com.my@gmail.com

    =================================

    (Website) http://thematrixcode.wordpress.com

    (Calculation) http://www.codeconvert.com.my

    (Forum) http://matrixcode.lifeme.net

    =================================

    Map

    Free Homepage Translation

    Translate English

    Translate Chinese

  • Blog Stats

    • 17,986 hits
  •  

    May 2012
    M T W T F S S
    « Mar    
     123456
    78910111213
    14151617181920
    21222324252627
    28293031  
  • Artikel Terkini

    • TERLUPA UPDATE TARIKH PERTANDINGAN
    • KEPUTUSAN LEBIH AWAL SIAPAKAH JUARA GALAKSI MANIA 2012
    • KALENDAR HARI, BULAN, KURUN & TAHUN
    • KEPUTUSAN JUARA TENNIS BMW MALAYSIAN OPEN 2012.
    • KEPUTUSAN PEMENANG / FILEM TERBAIK ANUGERAH ACADEMY AWARD-84
    • 84rd ACADEMY AWARDS – OSCAR 2012
    • ‘WE SAY IT WE PROVE IT’!
    • KEPUTUSAN JUARA TENNIS TERBUKA AUSTRALIA (AUSTRALIAN OPEN).
    • KEPUTUSAN JUARA PERTAMA MASTERCHEF MALAYSIA.
    • KEPUTUSAN PERTANDINGAN AKHIR VOKAL 2011
    • KEBENARAN YANG TERSELINDUNG:
    • SEKADAR MENCARI KEBENARAN?
    • KONSONAN HURUF ABJAD..
    • NOMBOR & AL-QURAN
    • GAMBARAJAH KITARAN CALON
    • KITARAN CALON BERTANDING HARI INI
    • PEMBONGKARAN RAHSIA NOMBOR TANPA SEMPADAN
    • SEKADAR RENUNGAN:
    • APA ITU STATIK DAN KITARAN?
    • KITARAN MALAYSIA – TAHUN 2011:
    • NOMBOR, NAMA & PERJALANAN KITARAN..
  • Artikel Keseluruhan

    • Artikel (32)
    • Artikel Matrix Code (2)
    • Tarikh Lahir (2)
    • Testimoni Matrixcode (3)
  • Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

  • Pages

    • Al-Quran & Nombor
    • Apa itu nama
    • Daftar
    • FAQ
    • Gallery
    • NUMBERS
    • PERKHIDMATAN
    • Previu
    • SERTAI KURSUS
    • Software Huruf Nombor
    • Testimoni
  • matrixcode

    Locations of visitors to this page

    rsz picture

    rsz picture3

    ============================================

    PAUTAN LUAR

    Sumbangan Islam-Matematik

    Wikipedia.org-Matematik

    Angka -‘8’

    Angka -‘7’& Quran

    Obama & Number-‘11’

    ’7’& Keajaiban Dunia

    Kelebihan-‘7’

    Mathematics in Quran

    Mathematical Of Islam

    Quran Prime Numbers

Blog at WordPress.com. Theme: Parament by Automattic.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Powered by WordPress.com