Apa itu nama

APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIMBOL KONSONAN HURUF ABJAD ROMAN (ROME) YAKNI  ‘ABC – Z’:-

Yang di maksudkan gelombang  konsonan huruf  abjad  ialah menceritakan tentang entiti setiap  nama  atau  perkataan  yang  mengandungi  simbol  pelbagai  jenis  huruf  di dalamnya  &  di dalamnya  terdapat  pelbagai jenis  gelombang  yang  menceritakan  tentang sesuatu pembawakan  kaum dan budaya  yang  menggunakan  simbol  huruf-huruf  ini  sebagai alat perhubungan  kaum &  bahasa penghantar. Setiap  dari  huruf  ‘A’ sehingga  ‘Z’ berjumlah  26 huruf  konsonan  ini  terdapat  elemen-elemen  gelombang  spiritual  yang  berdiri  pada entitinya  sendiri  dan di terjemahkan di dalam bentuk kajian  sains  fizik.

Sebagai  contoh  sistem  susunan  konsonan  huruf  roman  yang  bermula  dengan huruf  ‘A’ yang  entiti  elemennya  sendiri  bermula  dengan  kod ‘1’ atau didalam konsonan huruf  hijaiyah  ia bermula  dengan  huruf  ‘alif’. Tetapi s etiap  konsonan  di dalamnya  membawa  kepada  ‘2’ maksud  yakni  “positif  and  negatif”.

Contoh ringkas:- Nama Adam – adalah nabi dan rasul yang pertama (“positif”) tetapi di dalam masa yang sama huruf konsonan ‘A’ juga membawa nama Abra – bahasa jew yang menceritakan tentang black magic (“negatif”).  Dan dimasa yang sama menceritakan tentang bermulanya kejadian alam semesta atau menceritakan tentang alam persekolahan dimana pelajar bijak akan mendapat markah ‘A’ atau dikalangan para kontraktor yakni kelas ‘A’ dan banyak lagi.  

Sebagai contoh di dalam huruf konsonan nama contoh seperti ‘M.U.H.A.M.M.A.D’ dimana konsonan huruf ini mempunyai lapan huruf roman tetapi  berbeza pula di dalam konsonan huruf hijaiyah (sebutan arab) yang hanya mempunyai empat huruf iaitu huruf ‘MĨM. HĀ. MĨM. DĀL’.

Inilah kekeliruan dimana kita sendiri telah terlepas pandang kerana punca-punca terjadi adalah disebabkan atas ‘2’ faktor iaitu:-

PERTAMA:-Seharusnya panggilan nama seseorang, kita haruslah menyebutnya dengan sebutan hijaiyah (sebutan arab) dan bukannya dengan sebutan konsonan huruf bahasa malaysia itu sendiri. Ini adalah kerana setiap nahu dan harkat itu mempunyai perawatan didalam sistem pemulihan organ badan dan tingkahlaku. Tetapi persoalan besar disini ialah: mampukah kita menyebut sebutan nama seseorang didalam bahasa Hijaiyah? Sudah tentu sukar kerana bahasa penulisan & pertuturan kita adalah datangnya dari huruf-huruf latin atau roman, kerana itu kita perlu tahu apa maksud sebenar tentang nama yang terkandung didalam diri kita, anak, perniagaan, produk dan lain-lain. 

Sila rujuk disini:

http://hantuwriter.blogspot.com/2011/11/sebutan-alif-lam-lam-haallahboleh-jadi.html

http://my.opera.com/ashjahaider/blog/?startidx=60

KE-DUA:-Ini adalah kerana sistem penciptaan konsonan huruf ini telah menjadi ikutan kaum dan kepada bahasa penyampai sehinggalah kepada penulisan yang membawa kepada bahasa utama menyebabkan berlakunya konflik terhadap diri si pembawa nama dan telah berlaku sebaliknya kerana si pembawa nama telah pun membawa gelombang simbol anutan, kepercayaan dari pencipta sebenar gelombang simbol ‘A–Z’. Inilah isu besar kekeliruan yang berlaku didalam hidup.

Ini berbeza dengan kaum cina, india, japan, jerman, perancis dan beberapa negara lain yang mempunyai identiti bahasa ibunda dan penulisan simbol berdasarkan sistem susunan konsonan ibundanya sendiri.

Maksud perbezaan yang ketara di sini adalah si pembawa nama ‘A-Z’ ini telah berada di dunia si pencipta sistem konsonan huruf abjad roman ini sendiri maka wujudlah gelombang di dalam meletakkan kepercayaan dan  anutan dan  menjadinya sebagai satu bentuk nama yang berbalik kepada pengasas & pencipta formula sistem susunan konsonan huruf ini sepertimana si ayah yang memberi nama kepada si anak atau perumpamaan lain dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi atau bapa borek anak rintik’.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa setiap sistem konsonan huruf abjad ini mempunyai peranan besar yang melibatkan pelbagai aspek di dalam hidup seperti nama manusia, nama perniagaan, nama lokasi, nama negeri, nama negara, nama mistik, nama penyakit, nama produk dan berbagai nama-nama baru yang lain yang dijadikan satu trademark kepercayaan didalam masyarakat.

Maka sekiranya anda telah serba sedikit memahami kuncinya maka disinilah sebenarnya rahsia  gelombang nama dimana menunjukkan kesesuaian dan keserasian antara satu gelombang kepada gelombang yang lain yang ditunjukkan kebenaran dan penjelasan panjang lebar hanya di dalam kursus.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s