FAQ

Soalan: Masihkah terdapat tempat duduk kosong untuk Previu / Seminar yang di iklankan?

Jawapan: Anda boleh terus berhubung dengan wakil negeri (klik disini) atau terus hubungi kami untuk kekosongan.

Soalan: Saya tidak mahir dalam bidang pernomboran, Adakah kaedah ini sesuai untuk saya?

Jawapan: Ya, produk kaedah pernomboran ini tidak memerlukan sebarang kemahiran anda. Yang penting fokus, minat dan kesungguhan belajar.

Soalan: Saya tidak mahir berbahasa Inggeris. Adakah kaedah ini sesuai untuk saya?

Jawapan: Ya, kerana kursus yang dianjurkan di dalam Bahasa Malaysia.

Soalan: Saya berminat untuk menyertai Seminar / Previu  ini. Bagaimana cara untuk saya daftar?

Jawapan: sila rujuk di bahagian pendaftaran. (klik disini)

Soalan: Saya telah membuat bayaran, tetapi masih tidak menerima confirmation. Mengapa?

Jawapan: Sila hubungi terus pihak kami.

Soalan: Saya telah mendaftar tetapi, apabila tiba tarikh tersebut saya tidak dapat hadir Seminar / Previu matrixcode ini oleh sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Apakah pilihan saya?

Jawapan: Sekiranya anda tidak dapat hadir, anda mestilah memilih sesiapa dikalangan anda untuk mengantikan tempat anda atau hubungi kami semula.

Soalan: Bilakah tarikh Seminar / Previu seterusnya selain dari yang tertera di laman web http://thematrixcode.wordpress.com?

Jawapan : Setiap tarikh kursus hanya dinyatakan didalam web. Kami akan mengemaskininya setiap masa, Sila pastikan anda mengunjungi web kami. (klik disini untuk aktiviti terkini)

Soalan: Bagaimana saya tahu, apakah guru itu benar-benar mengajar formula & ilmu?

Jawapan: Lihat dari ideanya & fikirannya, maklumat atau kaedah yang disampaikannya dan pengucapannya, adakah selepas itu boleh dipraktiskan.

Soalan: Apakah perbezaan Matrix Code dengan dunia ramalan ?

Jawapan: Matrix Code tidak mengunakan konsep ramalan, tetapi kami mempunyai fakta melalui kaedah kiraan dan boleh dibuktikan didepan mata anda.

Soalan: Kenapakah kaedah pemahaman Matrix Code kurang sama dengan pihak/guru lain?

Jawapan:  Ini adalah sama seperti kaedah dalam sistem perbankan, sistem pendidikan atau seperti ingin membeli kereta dan lain-lain. Contoh mudah seperti: Pengeluar rokok:- Produk jenama yang berbeza tetapi tujuan yang sama dan diguna pakai oleh setiap perokok. Cuma bezanya adalah aroma, imej dan kepelbagaian rasa. Ini bermaksud anda diberi peluang membuat pilihan anda sendiri…manakah yang anda rasakan terbaik membuat pilihan setelah anda mengambil kira setiap sudut dan pandangan ibarat ‘Lain fahaman lain pandangan, lain pemikiran dan lain kepercayaan’.

Soalan: Dari manakah saya boleh memperolehi buku “Buku-buku, Software Kitaran” dan berapakah harganya?

Jawapan: Anda hanya akan mendapat buku dan software hanya apabila anda memasuki kursus. Buat masa ini tidak djual dipasaran luar.

Soalan: Bolehkan saya membawa sebarang alat perakam?

Jawapan: Tidak dibenarkan sama sekali.

* HakCipta terpelihara © 2010 Matrixcode.com.my & Matrix Code Resources.