ULASAN KIRAAN AJL- 26 – KATEGORI, KOMPOSER & LAGU.

29 Jan

Didalam tempoh 2 bulan ini, kami telah mengumumkan ‘4’ pertandingan dimana ‘3’ pertandingan didalam negara dan ‘1’ pertandingan diluar negara  & pertandingan yang ke ‘4’ dan terkini yang kami umumkan ialah AJL 26’ 2011.

Berdasarkan keputusan  JUARA AJL 26 adalah HAFIZ dengan lagu AWAN NANO, sedangkan yang kami umumkan semalam ialah FAIZAL TAHIR dengan lagu beliau KARMA.

Tetapi keputusan apa yang kami umumkan semalam bukanlah kiraan kami tidak tepat tetapi hampir tepat kerana hanya perbezaan ‘KATEGORI’ kemenangan sahaja yang dibahagikan kepada ‘5’ kategori,  dimana FAIZAL TAHIR  telah mendapat TEMPAT KE-‘3’  berserta hadiah wang tunai RM12,000.

JAWAPAN KAMI DIBAWAH:

1.Seperti sebelum ini kami katakan lebih awal bahawa ini adalah kali pertama kami membuat kiraan yang melibatkan  sebanyak 12 lagu yang dinyanyikan diantara 16-17 penyanyi kerana ada lagu yang melibatkan trio berkumpulan seperti lagu kalau berpacaran’ dan beribu sesalan’.

2.Dan kami juga tidak membuat kiraan setiap nama komposer dan pencipta lagu kerana pertandingan ini adalah sebenarnya lebih kepada ‘juara lagu’ dan bukannya penyanyi.

3.Dan selepas disemak semula masalah disini juga adalah kerana formula yang melibatkan pecahan ‘5’ kategori kemenangan iaitu PERSEMBAHAN TERBAIK, VOKAL TERBAIK, TEMPAT KE-3, NAIB JUARA & JUARA  yang sepatutnya perlu diambil kira.

Oleh itu akan datang jika pertandingan yang melibatkan calon yang ramai bertanding seperti AJL  & juga jika terdapat pecahan yang melibatkan beberapa kategori kemenangan maka kami akan mengstrukturkan semula  kiraan khusus untuk pertandingan yang melibatkan calon yang ramai bertanding dan pecahan untuk setiap kategori. Sekian.

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s